Paul Yong Choo Kiong
Paul Yong Choo Kiong

Paul Yong Choo Kiong

Paul Yong Choo Kiong (Bahasa Cina: 杨祖強; pinyin: Yáng ZǔqiángPe̍h-ōe-jī: Iûⁿ Cho͘-kiông, lahir 23 September 1970) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kerusi Tronoh sejak Mei 2013.[1] Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu dari Mei 2018 sehingga kejatuhan pentadbiran negeri PH pada Mac 2020. Beliau kini merupakan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dari gabungan pemerintah Perikatan Nasional (PN) negara selepas krisis politik Malaysia 2020-21.[2] Sebelum ini, beliau merupakan anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti komponen gabungan pembangkang Pakatan Harapan.[3]

Paul Yong Choo Kiong

Lahir Yong Choo Kiong
(1970-09-23) 23 September 1970 (umur 50)
Sitiawan, Perak, Malaysia
Raja Nazrin Shah
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh V. Sivakumar (DAP)
Alma mater Sekolah Menengah Kebangsaan Nan Hwa
Kawasan pilihan raya Tronoh
Parti politik Parti Tindakan Demokratik (DAP)
(2004–2020)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
(sejak 2020)
Majoriti 6,191 (2013)
10,501 (2018)
Sekutu gabunganpolitik lain Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(2015–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sekutu, March 2020 – December 2020), ahlu sejak 2020)
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu
Kediaman Ipoh, Perak, Malaysia